Ahad, 29 Ogos 2010

KOPI BERAS YIS MERAH - CEGAH PENYAKIT JANTUNG


Alternatif cegah  serangan  jantung
Setiap tahun,  jumlah kemasukan pesakit ke hospital akibat pelbagai komplikasi jantung melebihi 100,000 kes manakala hampir 12,000 kematian direkodkan akibat serangan jantung .  Majoritinya berusia 60 tahun ke atas.

Namun  kini,  lebih ramai lelaki muda yang berusia kurang 40 tahun meninggal dunia kerana serangan jantung dan setiap tahun ,  500 kematian direkodkan.

Fakta ini merupakan sesuatu yang membimbangkan dan perlu di atasi .  Ini kerana semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular terutamanya serangan jantung.

Menurut Pakar  Kardiologi dari Pusat Perubatan Pantai Di Bangsar , Dr David Quek,  penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu dunia yang dianggarkan  meragut 17.5 juta nyawa setiap tahun.

“Tidak kira siapa anda,  sama ada muda ,  tua,  orang kaya atau orang miskin ,  pemimpin Negara dan sebagainya,  seseorang itu tetap mempunyai risiko menghidap serangan jantung yang disenankan oleh pelbagai factor terutamanya pemakanan dan tabiat negetif seperti merokok.

“ Serangan jantung merupakan kerosakan pada otot jantung akibat terputusnya bekalan darah  arteri koromori secara tiba-tiba.  Kejadian ini berlaku apabila salah satu arteri tersebut tersumbat disebabkan gumpalan darah.

“ Gumpalan darah ini pula terjadi akibat pecahnya plak atheroma dalam salur darah arteri koronari itu.  Sekiranya ,  gumpalan darah ini tidak dihilangkan dengan segera maka otot jantung akan mati dan seterusnya mengakibatkan kematian kepada penghidapnya, “  kata Dr.Quek dalam satu pembentangan khas mengenai alternative rawatan penyakit jantung menerusi pemgambilan suplemen berasakan beras yis merah (BYM)  baru-baru ini.

Malah ujurnya,  jika diambil berterusan,ia  mampu menurunkan tahap kolestrol LDL (koleatrol tidak baik) dan meningktakan kadar kolestrol HDL ( kolestrol baik) serta merangsang kesihatan sistem jantung.
 

Apa itu  BERAS YIS MERAH - BYM ? 
Mungkin ramai kurang arif mengenainya atau tidak tahu langsung mengenai kewujudan produk botani ini.  Sebenarnya BYM telah digunakan di China sejak beabad-abad lalu.  Sejak zaman kuno lagi,  BYM telah dikenali sebagai sumber perubatan.

Di samping itu,  ia juga telah digunakan sebagai bahan pewarna dalam masakan China sejak lebih 1,000 tahun lalu.  Malah,serbuk  BYM turut menjadi ramuan bagi menyediakan sajian terkenal masyarakat China ,  itik peking.

Menariknya,  ramai yang  tidak sedar  dengan menjamu sajian istimewa itu,  mereka sebenarnya mengurangkan risiko menghidap hyperlipidemia atau paras kolestrol yang tinggi .  Risiko itu dapat dikurangkan bukan kerana memakan daging itik,  tetapi ramuan serbuk berwarna merah,  BYM yang disapu pada keseluruhan badan itik  sebelum dibakar untuk menyediakan hidangan tersebut.

Selain itu,  turut direkodkan bahawa BYM pernah dijadikan ubat untuk rawatab kecelaruan peredaran darah sejak zaman Dinasti Ming (1368-1644)  lagi.

Bagaimana BYM terhasil? 
Adakah memang terdapat beras merah yang di tanam  disesuatu kawasan khas seperti di China.  Hakikatnya tidak sama sekali .  BYM sebenarnya terhasil daripada penapaian sejenis yis yang dikenali sebagai Monascus purpureus yang sering digunakan secara tradisional oleh orang Cina untuk merawat masalah penghadaman ,  cirit-birit dan sakit perut dengan beras biasa.

Penggunaan BYM kini telah diakui sebagai salah satu bahan alternatif dalam mengurangkan kolestrol selepas satu penyelidikan luas mengenai khasiatnya disiarkan dalam American journal Of Cardiology (AJC), sebuah  jurnal berkaitan kardiovaskular terkenal di dunia pada pertengahan Jun lalu.

“ Terbaru,  hasil kajian yang disiarkan dalam AJC itu membuktikan bahwa bahan monacolin yang terdapat dalam BYM diakui keberkesanannya  untuk menurunkan kadar kolestrol dan lain-lain penyakit jantung yang berpunca daripada tahap kolestrol yang tinggi,”  kata Dr.  Quek lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan